Friday, November 30, 2012

Semester Baru Bermula

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan bicara yang indah lagi bahagia, harus kena buat buat bahagia bila semester baru bermula, haha! izinkan aku memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memakbulkan doa hambaNya yang kerdil lagi lemah tidak berdaya ini. Pinjaman untuk pengajian aku akhirnya lulus setelah dua semester  aku cuba mohon. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah  

Walaupun tak dapat pinjaman penuh iaitu semester 1 & 2 kena bayar sendiri tapi aku bersyukur sangat sangat. Maknanya, aku tak dapat lah nak enjoy katak dengan duit PTPTN tu sebab cukup cukup je untuk bayar yuran pengajian. Takpa, at least aku takda lah menanggung hutang yang banyak kan? Mungkin ada hikmah di situ :)

Ok lah, dah seminggu aku masuk Kuis ni untuk semester baru iaitu Semester 3. Ouhh cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam je terkena demam terkejut sebab teruk kami kena "buli" masa minggu orientasi. Jadi culture shock sekejap tahu? Tapi sekarang tak dah, dah makin sayang dekat Kuis dan kawan kawan sekelas. Ok jap, sayang Kuis? Ok yang tu tipu. Hahahahahah!

Haaa! Ini lah bilik baru kita. Maaf, gambar tak berapa nak lawa sebab guna fon murah je. Btw, sem ni duduk bertiga dengan Ecah dan Ziqa. Sepatutnya bilik ni 4 orang, tapi takda budak baru masuk, jadik kami menguasai bilik ini dengan jayanya. Muahahahahaha! Mohon jeles.

Haaa, ini lah katil ku, cuba tengok locker tu, first time dapat yang kayu. Best jugak, lagi kukuh dan tak berbunyi bunyi macam locker sem lepas. 

Meja study dan tempat letak barang barang keperluan. Al-maklumlah duduk dorm je, ruang terhad tapi dah ku kemas rapi agar tidak nampak serabut. 

Kemain semangat balut meja study tu, eh btw kita suka pembalut Elmo yang kita tampal kat white board kita tu, comel and berwarna warni. Sesuai lah dengan karekter kita yang riang gumbira nih. Hihiks! Nak hias comel comel lagi, masih tidak berpuas hati. Tunggu tunggu. 

Sem ni tak duduk Parcel 8 dah, memang saja tukar angin pindah Parcel 6. Ouhh sebenarnya P6 lagi seronok dan sangat tenang. Nak mandi pun tak payah berebut sebab P6 ni tak ramai yang duduk sebab blok ni hujung sekali dan mungkin sunyi. Tak kisah pun yang penting aku tak payah hadap bilik air yang kotor macam sem lepas. Aku memang sangat sangat pentingkan kebersihan. Yelah, nama pun nak study, tak selesa lah duduk dalam keadaan yang kotor. So not me ok!

Pemandangan dari luar tingkap. Menghadap sungai dan pokok pokok. Best tahu! Sejuk dan mendamaikan. Acewahh ;D

Macam nak patah pinggang mengemas bilik baru ni, nasib lah kita dah biasa buat keje keje "rumah" macam ni. Nampak tak ciri ciri wanita terserlah di situ? Nampak tak? Puuuiiii~ Hahahah!

Ok lah, banyak lagi cerita sebenarnya tapi dah tak larat. Mohon bersabar, nanti aku sambung lagi ye. (fen-feling ramai yang baca padahal nan hadoo!) Haha. Okbye!

Pssttt: Pelangi selepas hujan ;)

6 comments:

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

bilik tu macam hostel sekolah saya ;)

Jna marcello said...

seronokknye tgk suasa bilik cam tu ;))

Ridzwan Mohamed said...

selamat menempuh sem baru la....

SyahidaSalim said...

Afisya: Omg sekolah? Nampak sangat hostel saya tak gojes kan awak? Hahahah

SyahidaSalim said...

Jna: Hihiks. Tu lah. Bilik ni sejukk ;)

SyahidaSalim said...

Ridzwan: Terima kasih la. Haha ;)