Thursday, January 24, 2013

Kepenatan!

Assalamualaikum.. 

Alaaaa rindunya dekat blog! Meyh nak hug kuat kuat. Gosshh! Busy sangat-sangat-sangat tau! Busy tahap isi segala isi segala ibu yang ada dalam otak ni rasa nak terjojol keluar. Dipersilakan kesian :(

Bayangkan lah, cuba bayangkan sekarang (tolong eh agar lebih memahami) haha! Setiap malam tidur pukul 4-5 pagi. Dah berminggu minggu macam ni. Lepas satu satu kena settle kan. Tiap tiap minggu dapat assignment baru, penat tau nak kejar dateline! Lepastu pulak class pack, dapat tidur 2-3 jam je :(

Pernah tu, 2 hari aku tak tidur sebab nak siapkan kajian filem. Omg! Bab kaji kaji ni memang boleh muntah darah tahu? Tapi aku muntah je, tak keluar darah pun! haha. Tapi serius lepas settle mengkaji filem ni terus muntah nak bagi lega kepala dah berat sangat. Sedihnya hidup aku! Hahahaha!

Lepastu kan lepastuuu.. Haaa! Yang assignment edit video ni paling banyak dugaan. Sebab? Aku takde software CS5 pro. Dah usaha install 3 hari turut turut pegi cc. Tapi tak tahu mana silap tunggu 3-4 jam terus failed ! Nak install benda lain, benda lain yang masuk. Sudahnya laptop yang baru dibeli pun dah jadi hang tau. Kesian my Dada.

Nasib laa Mus sorang je yang ada CS5 ni, so pinjam laptop dia. Itupun kena tunggu turn, sebab laptop classmate yang lain pun problem jugak tak boleh install. Haaaa.. Aku edit video ni dari pukul 11 malam sampai 5 pagi baru settle. Gigih mengedit. Bukan senang nak buat benda ni. Serius! Sebab aku beginner, tak biasa lagi. Tu yang rasa macam nak pecah kepala!

Camera Movement & Video Shooting Technique

Finally inilah hasilnya. Actually masih tak puas hati. Masih baru lagi belajar tentang Camera Movement and Video Shooting Techniques ni. Plus yang bahagian editing pun belum pro lagi. Nak buat tulisan berwarna tapi CS5 buat hal. Ggrrrr! Actually lepas siap video ni kena upload kat Youtube then email link kat lecturer. Ni linknya Camera Movement & Video Shooting Techniques Amboiii nak jugak promote! Tak boleh upload plak kat blog ni. Ggrrrr lagi sekali ! Dushh!

Tapiiii... Banyak benda baru yang aku belajar setiap hari. Walaupun mulut kadang-kadang merungut penat tapi lepas dapat selesaikan sesuatu tugasan, rasa puas sangat. Alhamdulillah, setiap cabaran yang aku lalui sebenarnya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Bak kata sahabat baikku, "Kepuasan terletak pada usaha,bukan kejayaan.." Thanks Kamarul Fazrin. Semester ni lagi banyak bekerjasama dengan dia and setakat ni dia adalah group partner aku yang terbaik! Lep lep. hehe. Haaa korang takmo gosip gosip hokey! Kami sahabat baik sampai syurgaaa. Waahh gitu ;D

Okey lah serius tak larat, ni pun curik curik nak hupdate. Satu je yang aku mintak, semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik kepadaku serta rakan-rakan sekelasku agar kami dapat habiskan semester 3 ni dengan baik. KEKUATAN. Yang tu je yang aku mohon sekarang. Insya'ALLAH.

Psstt: Hari Sabtu ni Mama bakal bergelar "permaisuri" baru untuk seorang lelaki. Mohon doa kalian agar segalanya berjalan lancar. Nanti cerita selanjutnya aku update ok? ;)


1 comment:

Telkom University said...

How do you manage and cope with fatigue in your daily life?Telkom University