Sunday, March 3, 2013

Wishlist

Assalamualaikum..

Lahaiii rindunya dekat blog! Macam macam nak hupdate tapi disebabkan kesibukan yang melampau jadinya blog terbiar sepi begitu sahaja. Sobs sobs.

Okey lah, actually final project banyak yang belum settle lagi ni. Shooting, skrip documentary, skrip bual bicara, segmen radio Audio Production dan bla bla blaa. Ya Allah, final exam lagi 2 minggu tapi keje menimbun semput nak habiskan! 

Marilah sedapkan hati dengan wishlist lepas final exam. Ye! Perkara yang terpaksa aku tinggalkan demi untuk fokus pada study. Ouhh Mama harus berbangga punya anak sepertiku. Hahahah! Puuii !

1) Nak beli raket badminton baru! Harus beli untuk reward diri sendiri yang sibuk dengan study sampai takde masa nak berbadminton! Dan lepas final nak aktif balik!


2) Nak cycle sampai lebam! Nampak tak aku rindu nak bersukan? Nampak tak? Kalau boleh nak capai target macam ni..

See. Nak mengayuh kaw kaw! Dulu aku boleh mengayuh sehingga 43.89 km and lebih pun pernah. InsyaAllah, dengan izin Allah dan diberikan kesihatan yang baik memang nak aktif balik masa cuti semester nanti.

3) Okey yang ni paling tak sabar, nak tukar handphone baru. Weeee! Mama dengan Ayah dah janji nak belikan tapi dengan syarat selesaikan semester 3 ni dulu atau dengan kata lainnya lepas habis final exam. Heee. Tak kisah laa kena tunggu walaupun hati dah melantun lantun tak sabar! 

Nak S3 ! Tapi tengok keadaan, sebab niat di hati nak tukar SLR baru, so kalau beli SLR tak boleh beli fon mahal mahal. Dapat S3 mini pun dah kira okey. Lagi pun S3 mini comel, tengok Eza pakai memang sesuai untuk gegirl macam ittew. Gitu.

4) Haaa, yang ni tak tahu laa tercapai ke tak, kalau ada rezeki lebih memang nak tukar SLR baru. 


Kalau dapat ni, 4 hari 4 malam aku tidur peluk benda alah ni ! Hahahahah! Serius nak sangat! Salah satu sebabnya ada video HD and disediakan microphone sekali. Boleh buat shooting hoi ! Memang dah naik sem ni banyak nak kena shooting. Fuuhh kalau laaa dapat! 

5) Nak borong buku Fixi. Jyeaahh! Dan nak habiskan masa dekat Kinokuniya KLCC seorang diri. Yang ni siapa siapa tak boleh ikut, kang korang bosan kena tunggu. Hahah! Seriously aku memang tak boleh masuk Kinokuniya tu, kalau tak lebih dari 4 jam memang bukan aku laa tu. Lama kan? So jangan ikut! Hahah!


Harus lah guna baucer buku! Memang tak sabar aku nak borong buku. Simpan dulu baucer ni, sekarang memang takde masa nak shopping ke apa. Sabar okey Syahida sabar!

Setakat ni, wishlist ni yang paling aku harap dapat ditunaikan lepas final nanti. Sebenarnya banyak aktiviti nak buat masa cuti. Yelah, time cuti je dapat buat apa yang aku suka, dah masuk belajar jangan haraplah. Lagi lagi kos macam aku ni, tidur pun tunggang langgang, sedih hidup sedihh! Haha!

Psstt: Kita hanya mampu merancang, selebihnya hanya Allah sahaja yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku. Doa doa kan semoga hajatku tercapai. Hihihi 

2 comments:

Anonymous said...

http://eekshop.com
Alarm Systems Evolution

Telkom University said...

How do you prioritize and organize your wishlist, and are there any specific criteria you use when adding items to it?Telkom University