Monday, June 24, 2013

Kehilangan

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa jari tiba tiba ringan nak "Sign In" blog dan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam masa seminggu ni. 

Hari Selasa, 18/6/2013, pagi aku dikejutkan dengan berita yang betul betul buat aku terkaku sebentar. Pukul 6.30 pagi tangan aku ligat menggosok tudung, telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk, dari Mus, "Salam. Al-fatihah buat ibu sahabat kite, Nurul Hidayati A Kasah yg kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat yg Maha Esa.." Inalillahwainailaihirajiun. Allahuakbar :( Terbayang wajah sahabat, masa tu hanya mampu berdoa semoga Allah berikan seluruh kekuatan untuk Yatt menghadapi dugaan ini.

Memang terasa sangat sebab sebelum ibunya pergi, aku ada komen dekat Instagram Yatt. Yatt post gambar kereta keluarganya yang terlibat dengan kemalangan Ahad lalu. Tapi masa tu Ayah serta arwah bondanya dalam keadaan okey. Cuma kereta yang teruk. Aku kalau tengok benda yang melibatkan "Ibu dan Ayah" aku akan jadi manusia yang paling sensitif. Walaupun itu hanya ibu ayah sahabat aku. Still, aku boleh bertukar jadi teramatlah sensitif.


Gambar dari Instagram Yatt. Keadaan kereta memang nampak teruk.

Masa aku komen ni rasa lega sebab Yatt kata parents dia selamat. Tapi itulah kuasa Allah. Kita tak dapat jangka.

Kata Yatt, lepas kemalangan ni terus pergi check tapi doktor kata Ayah dan Ibunya okey. Maknanya takde kecederaan luar atau dalam. Tapi malam lepas kejadian, ibunya muntah muntah lepas makan. Makanan tak boleh masuk dalam perut. Pergi hospital Selayang, doktor sahkan ibunya mengalami kecederaan di bahagian usus. Usus ibunya pecah. Yatt cerita lagi, usus pecah ni disebabkan oleh tekanan yang kuat dari seatbelt sebab kereta berpusing banyak kali. Lepas operate ibunya tidak memberikan respon yang positif. Allahuakbar. Allah lebih menyayangi bondanya, siapa sangka dalam sekelip mata sahaja semua ini berlaku.

Dan nak dijadikan sebab, sebelum kejadian, Yatt sempat balik rumah nak ambik barang. Kiranya Yatt sempat jumpa ibunya dalam keadaan sihat buat kali yang terakhir. Serius, yang ini paling sedih. Sungguh, perancangan Allah itu kita memang tak dapat nak jangka. Kasih sayang seorang ibu dan anak, dipertemukan sebelum ibunya pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.

Aku dan kawan kawan kelas yang lain, Mus, Biela and roomate, Ziqa sempat melawat keluarganya di Tanjung Malim. Rasa terkilan sikit sebab tak dapat tengok arwah ibunya tapi takpe lah hajat aku nak melawat Yatt dan Ayahnya kesampaian. Arwah ibunya selamat dikebumikan selepas Zohor. Kami lambat sampai sebab tak tahu jalan, so ambik masa 3 jam untuk sampai ke Felda Soeharto. Takpe la, syukur, Allah permudahkan semuanya. Dah sampai rumah Yatt tu, Ayah dia suruh kami bermalam je kat situ. Alahai baik sangat Ayah Yatt tau. Tapi tu laa, malam tu aku ada class plus esoknya ada pembentangan, kena rushing :(

Sebak baca. Air mata aku mengalir. Yatt memang seorang anak yang kuat. Aku percaya, arwah bondanya pasti tenang di sana. Ini juga peringatan untuk aku. Untuk aku yang masih punya ibu. 

Lepas semuanya dah selesai, esok pagi aku dapat berita kurang baik lagi. Hostel perempuan dekat tempat aku belajar ni kena ceroboh dan banyak barang berharga yang hilang. Dan Mus antara kawan baik aku yang kena. Ya Allah. Handphone HTC Mus hilang, dia baru beli sem lepas, harga nak dekat RM1500. Lepas satu satu sahabatku diuji. Tapi Mus pun tenang, dia sempat boleh buat lawak lagi. Kalau kena kat aku laa, dah meraung 3 hari 3 malam -_______-

Ini lah kehidupan. Cerita kita berbeza. Dugaan kita berperisa. Lain. Tapi selagi kita digelar manusia, kita sama, tidak terlepas dari diuji oleh yang Maha Esa. Allah sayang, Allah uji, Allah nak kita kuat. Sabarlah wahai sahabatku. Apa yang berlaku semua ni bagi pengajaran yang sangat bernilai untuk aku. Sungguh, aku bertuah. Bertuah sebab dikurniakan sahabat yang sentiasa sanggup susah senang bersamaku. Allahuakbar. Aku sayang persahabatan ini, aku tahu semua ini pinjaman. Sebab tu, selagi masih diberi nafas, aku mahu lakukan yang terbaik untuk orang orang disekelilingku. Aku nak hargai setiap masa yang ada bersama mereka.

Dan ini penting, penting wahai pembaca. Kepada mereka yang masih punya Ibu dan Ayah, tolong, tolonglah hargai mereka. Aku pernah rasa kehilangan. Kehilangan seorang Ayah dan impian aku sebelum tertutupnya mata, biarlah aku sempat berbakti untuk Mama. Mama dah banyak susah, cukuplah. Biar aku pulak yang susah kali ni, aku nak lihat Mama bahagia. Ini impian aku. Tapi perancangan Allah kita tak mampu nak lawan. Aku tak boleh nak ramal apa yang akan berlaku selepas ini tapi seperti yang aku bagitahu, selagi masih ada nafas aku nak buat insan yang paling aku sayang bahagia. Mama serta sahabat yang banyak berjasa. Aku nak balas jasa baik mereka. Itu sahaja. InShaaAllah. 

Sesungguhnya setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah semata mata kerana Allah. Apa sahaja yang berlaku, kita kena kuat. Kena redha. Ikhlaskan lah apa yang berlaku. Pasti. Pasti terselit sebuah kemanisan yang takkan pernah kita terfikir sebelum ini. Wallahualam.

Al-fatihah buat arwah bonda tercinta Yatt, Allahyarhamah Hasipah Binti Samsuddin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

1 comment:

Telkom University said...

How did the narrator react upon receiving the message about the passing of Nurul Hidayati A Kasah?Telkom University