Tuesday, October 23, 2012

Review Sony Vaio E Series

Assalamualaikum pembaca blog yang setia. Yang tak setia pun takpa, aku masih nak bagi salam jugak. Gehehehehe (gelak cara baru sambil mempamerkan gigi yang comel)

Aku teruja nak share pengalaman aku menggunakan laptop Sony Vaio E Series yang baru dibeli  dua bulan lepas. OMG! Awesome dan sangat sangat lah seronoknya! Haritu masa exam Mama tak bagi aku bawak pegi hostel (takut aku tak study -___-) meroyan kejap tak dapat mengadap Dada ni. Sekarang cuti rasa bahagia dapat melihat kekasih tercinta setiap hari. Acececeh ;D

Apa yang seronoknya guna Sony Vaio E Series ni? Ok mari nak bagitahu:

1) Laptop tak cepat panas, even aku on dekat 5 jam pun laptop ni masih cool macam tuan empunya blog ini jugak. Nyenyenye. (izinkan tuan hamba menyelit). Sebab apa? Cuba tengok gambar ni; 

Haa, cuba korang tengok kat tepi tu (klik pada gambar untuk imej yang lebih besar). Biasanya kipas laptop (betul ke panggil kipas laptop?) Ok gasak -____- yang penting nak bagitahu biasanya terletak di bawah laptop kan, tapi yang ni terletak kat tepi dan benda tu lah penyebab laptop tak cepat panas even tak pakai cooler. Sila lah percaya, memang tak panas!

2) Keyboard bapak lah lembut dan sedap ye! Ok Ziqa (roommate) ada tegur, lebih kurang macam ni ayat dia, "Amboi Ida, slow nya kau tekan keyboard laptop tu, tak dengar bunyi langsung, kalau laptop lama kemain ganas!" Wahai rakan rakan yang sedang membaca, aku mengaku aku memang bukan wanita yang sopan sopan lembut lembut gitu, tapi percaya lah keyboard laptop ni sangat lah lembut sampai aku yang ganas ni boleh terikut kelembutan keyboard ni apabila menaip. Eh korang faham tak ayat aku ni? T________T

Haaa, cuba tengok keyboardnya tu. Eh, korang boleh try dekat Sony Centre yang berdekatan, pasti jatuh cinta! 

3) Multi-Gesture Touchpad. Benda jadah apa ni? Ok jujur aku sendiri pun tak tahu! Hahahahahahaha. Tapi promoter Sony Centre tempat aku beli tu cakap benda ni macam, korang boleh control guna tangan dari jarak beberapa inci. Aku dah try, tapi failed. Hahahahaha. Nampak tak banyak lagi yang aku belum explore? Sabaq nohh!

4) Design laptop ni memang aku bagi 1000 bintang! Naaahhh ambik bintang banyak banyak banyakkk kat design Sony Vaio E Series nih! Terbaik weyh! Kawan kawan tercinta serta sedara mara ramai dah jatuh hati bila tengok laptop ni. Kata mereka, "Lawanyaaaa! Nak macam ni jugak!" Haaaa, so aku tak payah lah nak terangkan panjang lebar lagi kan? (sila beli, sila beli)


4) Ok next, Media Go. Sumpah terbaik Media Go ni sebab ada New SenseMe Playlist. Aplikasi ni macam kita boleh set mood kita bila nak dengar lagu. Contoh, kalau tengah happy, Vaio ni akan auto detect dekat lagu happy happy je. Tapi korang kena klik mood apa yang korang nak. Awesome kan? You guys should try, serius! Hihiks.

Ok buat sementara ni, itu je yang aku dapat kongsikan sebab aku belum habis explore lagi. Tahunya bukak Dada ni layan movie, update blog, Facebook and Twitter. Gehehehehehe (sekali lagi gelak menampakkan gigi yang comel). Oh terlupa, haruslah Dada ni berjasa kat aku sebab dengan adanya beliau senang untuk aku siapkan segala kerja, assignment dan project semester bagai. Terima kasih. Sayanggggg! Muuuaahh muuuaahh ♥ 

Boleh carik budak ni kalau laptop Sony Vaio E Series tu tak best okey. Dipersilakan ;D

Sekian sahaja dari saya, Syahida Salim melaporkan dari bilik pink yang sejuk feeling feeling dekat Paris (haruslah Paris, tempat idaman hoi. One fine day, insya'allah. Hihiks). Tujuan entri ini ditulis adalah untuk berkongsi dengan korang semua yang....  mana lah tahu kan kot kot ada yang berhajat nak beli laptop baru. Haaa, moh ler beli Sony Vaio ni. Serius puas hati, tak tipu! (Wakil pihak Sony sila bagi imbuhan sikit dekat aku ye, penat promote ni)

14 comments:

fandyzblog said...

Salam, wah.. dah jadi duta sony vaio nampaknya.. bleh la sponsor kawan satu hehe :)

Anonymous said...

blh bwk masuk tasik wat water confident x benda ni? huhuhuhu....

Unknown said...

waaaa serious muni pon bekenan vaio ni tapi sebab laptop dah ada boleh usyar dari jauh je la vaio neyh . . hehehe .

Aing said...

memang sokong abes lah statement kau :)

SyahidaSalim said...

Fandy: Gehehehe. Duta Vaio yang nama penyejuk laptop tu pun tak tahu. Sesuka hati pakai bantai je sebut! Hahaha. Boleh boleh. Kalau jadi duta betol2, baru boleh sponsor, doakan please ;D

SyahidaSalim said...

Haaa, ni yg takda nama ni mesti classmate aku. Sebab tiba tiba sebut water confident. Haha. Mari aku campak kau dulu dalam tasik. Gahahaha

SyahidaSalim said...

Murni: Takpa, next time boleh promote kat orang lain sebab Vaio memang ohsem! Tak tipu!

SyahidaSalim said...

Saddlone: Thanks weyh! ;)

Unknown said...

dah follow..minta follow balik ye

Unknown said...

wah bagus ya laptopnya..jadi pengin juga aku..hehehehe

follow sukses..followback es

Anonymous said...

HARGE BRAPE?

Anonymous said...

Coach KOKO dah bayak komen kat blog ni....x de nye classmate...hahhahahaha

CPF said...

DEAR, akak dah follow blog awak sebab tgh carik org review pasal sony ni. awak x gtau harga pun.. nak servey harga sekali ni.. hehe.. happy blogging!

Anonymous said...

akak pn baru nak sambar vaio ni nk sambar macbook apple kata spare part susah pulak wah tq2