Thursday, October 25, 2012

Salam Rindu di Malam Raya

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua rakan rakan bloggers ku. Acewah! Intro sahaja dah terus bagi ucapan raya. Hihiks!  Mesti raya korang awesome kan? Me? Raya kat rumah je sebab Mama kena kerja but takpa, aku dah biasa dengan keadaan macam ni. Syukur alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut raya korban walaupun ala kada je, syukur :)

Dekat Twitter ramai yang update balik kampung, meriahnya! Jeles? Sikitlah. Haha. Tapi macam aku cakap lah, aku dah biasa dengan keadaan macam ni, memang raya Mama jarang dapat cuti tapi Mama cool siap boleh gelak gelak bergurau sebelum nak pergi kerja. Tabik! Mama! Shida nak jadi kuat macam Mama tau!

Semestinya lah bila dengar takbir, hati sayup teringat arwah abah. Ya Allah, rindunya lah. Sebut pasal pengorbanan, Shida tahu abah dah banyak berkorban untuk besarkan Shida. Teringat masa kecik-kecik dulu, abah suka teman aku tidur sampai Mama cemburu. Hahaha! Serius susah nak pisahkan aku tidur sorang sorang, entah ikut perangai siapalah! Manja melampau-lampau!

Teringat jugak masa arwah abah hantar aku pergi sekolah naik motor kapcai. Hahah. Comel je. Paling best bila arwah abah kucup dahi aku sebelum aku nak masuk sekolah. Abah, Shida mintak maaf sebab bila dah besar Shida nakal, darah muda yang baru nak kenal dunia buatkan Shida lupa yang Shida ni anak manja abah dulu. Tapi sekarang Shida dah tak nakal tau abah, satu je impian Shida sekarang sebelum Shida tutup mata, Shida nak bahagiakan Mama. Betul. Ni impian Shida dan Shida akan tunaikan, insya'allah.

Abah, Shida jugak nak mintak maaf sebab Shida tak sempat nak bahagia kan abah. Shida tak sempat nak bagi abah rasa duit gaji Shida. Shida tak sempat nak bagi abah tengok yang Shida mampu berjaya macam anak orang lain. Shida tahu ni impian abah sebelum abah tutup mata. Shida mintak maaf :'( 

Tapi, Shida sentiasa doakan kesejahteraan abah kat "sana". Lepas solat, Shida tak pernah lupa doakan kebahagiaan abah kat "sana" dan Shida pasti abah tenang bersama DIA. Ini je lah yang mampu Shida buat abah, terima kasih sebab dah jadikan Shida insan yang berguna. Insya'allah, kalau diizinkan Allah nanti kita jumpa kat "sana" ye abah. Shida nak peluk abah, Shida nak abah cium dahi Shida. Shida rindu abah. Betul, RINDU. 

Eh, syahdu pulak malam malam raya ni. Ok lah taknak sedih sedih. Aku redha dengan semua yang berlaku. Aku tak pernah menyesal jadi Syahida Salim. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya sebab tu dugaan diberi agar kita sentiasa bersyukur dan ingat padaNya. Paling penting, setiap pengalaman itu lah menjadikan siapa kita sekarang dan dugaan itu lah yang buatkan kita jadi kuat! Terima kasih Ya Allah.

Nahh! Lembu untuk korang. Hihiks! Gambar ni di ambil masa pergi Zoo Melaka, tahun 2009. Baru dapat DSLR, jakon ambik gambar. Haha.

Ok lah, untuk korang yang nak balik kampung dan sedang dalam perjalanan tu, aku doakan semoga selamat pergi dan selamat balik. Haiipp! Elok elok drive tu, kalau letih berhenti dulu ok. Ingat orang yang tersayang, mereka masih perlukan anda semua. Ingat tau pesanan dari anak comel nih (comelmu krek krek Shida! Umur dah 23 hoi

Psstt: Amatlah rugi bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa tetapi tidak mahu berbakti pada ibu bapanya. Ingat lah setiap pengorbanan mereka susah payah membesarkan kita. Sekarang tiba giliran kita pula untuk membalasnya. Please hargai ibu bapa, aku merayu ni.

No comments: