Friday, October 26, 2012

Bersukan di Petang Raya

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat jugak aku lepaskan rindu main badminton! Fuuhh best gila dapat bersukan dan keluarkan peluh. Yela, sekarang kan musim hujan. Setiap kali plan nak jogging dengan Nonie mesti hujan. Kalau cuaca ok Nonie pulak kena kerja sebab kerja Nonie ada shift so tak menentu. Tapi takpa la, hujan rahmat dan kita hanya merancang, kalau Allah tak izinkan apalah yang kita boleh buat (fuhh ustajah Shida sangat)

Btw, ramai juga umat manusia yang bersukan dekat Tasik Permaisuri masa hari raya ni. Ohsem! Aku tabik kat orang yang rajin bersukan, sekurang-kurangnya kita tidak lah dikenali dengan "rakyat Malaysia yang mati kerana terlebih makan". Haaa, bahaya tu. Contohi bangsa Cina, mereka rajin bersukan dan kalau aku tengok lah yang dah tua pun masih kuat berlari. Respect!

Tadi ramai yang join main badminton, mula mula aku datang dengan Nonie je, lepastu Yin datang dengan kawan dia lepastu bf Nonie pulak menyusul bersama rakan-rakannya. Meriah! Hihiks. 

Ni port baru, biasanya kami main badminton kat Taman, tapi kat tepi tasik ni ada port untuk main badminton. Best, boleh berlari sekali kalau duduk kat tasik ni.

Harini dapat lari setengah round je, bukan pancit tapi elok je aku berlari terus hujan turun. Tapi sebelum lari tu dah dapat main badminton dulu, takpa la esok kalau tak hujan nak jogging lagi dengan Nonie. Kami memang dah plan nak pulun kaw-kaw sementara aku tengah cuti sem ni. Yeaahh! Kau boleh Shida! (please  nak semangat ni berkekalan)

Tengok ni, bukan je aku happy sebab dapat bersukan tapi happy jugak sebab dapat gelang kaki. Thanks Nonie ku sayang. Mmuuuaahhh! Sweet 

Aku bertuah dapat sahabat macam Nonie. Tadi Nonie kata dia tak pernah bagi aku apa-apa. Sebenarnya dia salah, dia lah kawan yang dah banyak berkorban untuk aku, sanggup susah senang dengan aku. Serius dia satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Kalau nak cerita pasal dia memang tak cukup untuk entri kali ni. Takpa, nanti aku buat entry special untuk kau ye Nonie. I love you so much! :')

Psstt: Tadi kan ada mamat comel main skipping. Aku dengan Nonie sempat main mata dengan mamat tu sampai hilang fokus dia nak skipping. Hahahaha. Nak bf yang rajin bersukan macam tu boleh? *kelip kelip mata* Haha. Okbye!

3 comments:

said...

jom baca rahsia sy =)

Jna marcello said...

Seronokkkkkkkk nye ade aktiviti mase raya jeles!
Awk nk jugk gelang kaki tuu heheh :)

SyahidaSalim said...

Jna: Seronok walaupun tak pakai baju raya. haha.
Ambik lah dear ;D