Friday, October 19, 2012

Oh Eyebag !

Hai semua, kacak kacak cantik cantik. Lupa nak bagitahu sebenarnya kita dah habis exam! Horeyy! Whoaa sekarang dah boleh mengadap Dada dengan senang hati. Hihi.

Gambar sebelum balik Bangi untuk menempuhi paper akhir. Goshh cuba tengok eyebag tu, dah boleh letak duit syiling T_______T

Dah nama pun minggu exam, memang lah always tak cukup tidur kan, plus maybe aku banyak sangat menangis. Mata letih sebab tu eyebag timbul macam poket duit syiling. Tskk.

Ok lah, rakan bloggers ku, actually macam mana nak hilangkan eyebag ni eh? Ke memang tak boleh dielakkan untuk mereka yang kurang tidur ni? Susah jugak, sebab aku suka minum Nescafe, sebab tu lah hyper terlebih. Kadang-kadang mata ngantuk, tapi badan ni rasa nak bergerak je buat something. Haihh -___- (aktif sangat pun tak boleh jugak)

Kalau pegi class pun macam tu, lagi-lagi kalau tak pakai eyeliner, kemain ramai yang tegur, "Kenapa nampak muka letih? Mata tu macam tak cukup tidur.." Kadang-kadang dalam hati cakap, "Muka aku ni memang muka spesis pucat ke cane?" Lepas loss weight haritu pun ramai tanya, "Sakit ke?" Takmo la nampak tak sihat kan, kalau boleh nak always nampak fresh. Hihi. Haaa, cuba bagi tips sikit kalau ada?

Rasanya cuti ni boleh lah pulun tidur kan, tapi taknak lah asyik tidur je, itu pun tak sihat jugak. Nak try perbetulkan waktu tidur, taknak kurang taknak lebih. Boleh ke? Ok kita cuba ye ;)

Psstt: Teringat pesan seorang rakan, "Kalau nak masuk bidang Penyiaran atau Wartawan kena banyak korbankan masa, keje dalam bidang ni menuntut pengorbanan. Dan teringat kata-kata Miss Syamimi, "Student Broadcasting tak cukup tidur tu perkara biasa, cukup tidur tu perkara luar biasa.." Jadinya eyebag tu perkara biasa ke untuk student Broadcasting macam aku ni? Zzzzzzz!

10 comments:

Khalilah MNor said...

Waa... ade org nak masuk bidang penyiaran ke nanti~! :) Bestnyer. Tapi, eyebag tu boleh atasi gune letak hirisan timun... :)

AsComel As said...

boleh cuba Myracles Beauty untuk hilangkan eye bag

Shasha Yacob said...

moga dapat apa yang di impikan, tapi kena berkorban sedikitlah ka. hiihi

Nana Hashim said...

jemput join segmen sy

http://hazwanahashim88.blogspot.com/2012/10/siapa-nak-saya-klik-iklan-nuffnang.html

SyahidaSalim said...

Khalilah MNor: Insya'allah. Nak habiskan degree dulu. Lepastu bergantung pada rezeki, insya'allah.
Letak timun? Tak pernah try, nnti kita try ok, thanks ;)

SyahidaSalim said...

As: Myracles Beauty? Ok nnti kita research dulu tau. Thanks ;)

SyahidaSalim said...

Shasha: betul tu dear. Insya'allah, kita usaha sehabis mampu, then rezeki bergantung pada Allah Yang Maha Berkuasa :)

ISLAM DAN MELAYU said...

check PLKN punya http://melayu2008.blogspot.com/2012/10/semakan-penempatan-plkn-siri-102013.html

Ash Give said...

good luck exam

SyahidaSalim said...

Ash: Thanks awk! Tapi kita dah habis exam dah ;D