Bangun bangun tidur, benda pertama yang aku carik adalah CERMIN MATA aku. Yer, aku rabun. Rabun teruk. Ceritanya kat sini, tadi masa bangun tidur aku nak ambik lah cermin mata aku, too bad aku tak ingat aku letak mana. Sebab malam tadi lepas balik rumah aku bukak contact lens terus tukar cermin mata. Rest kejap before mandi. Lepas dah mandi tu la aku lupa aku letak mana sebab aku terus pengsan atas katil.
3 jam aku carik macam orang gila dalam keadaan mata kabur kabur tu. Ohh sadisnya! Tengah tengah carik tu lah ramai yang bbm. Sambil carik cermin mata sambil berbbm tu tak seronok yer. Stress tahu? Tiba-tiba rasa nak text Mama, kot-kot lah Mama terambik cermin mata aku tu. Then Mama balas lah Mama tak ambik. Lepas aku dah text dengan Mama, baru aku terpikir, "Dah kenapa pulak Mama nak ambik cermin mata aku? Mama bukan rabun pun.." -_______-"
Lepastu duduk kejap atas katil termenung, merenung nasib diri yang sedang kehilangan separuh dari nyawa. Yup! Cermin mata tu nyawa aku! Takde beliau, kaburlah dunia ku -...- Ok kejap, tiba-tiba aku teringat before mandi aku pakai krim nak tanggalkan make-up, so besar kemungkinan cermin mata ada dalam beg make up aku.
Kan betul ada dalam nih! Apalah teruk sangat, dah la rabun, pelupa pulak tu. Tskk -______-"
Kesian betul, Mama balik kejap lagi mesti teruk aku kena bahan dengan Mama. Yer, bukan sahaja rabun dan pelupa tetapi sering kena bahan oleh Mama tercinta. Kalau kena bahan sikit-sikit takpe, ni rasa macam nak terjun tasik Kuis (ohh kenapa harus tasik Kuis) bila kena bahan teruk dengan Mama. Sadisss T______T
Psstt: But still aku masih bersyukur sebab masih dikurniakan mata walaupun rabun. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sepasang mata yang indah ini. Yup, semua mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T itu indah ye ;)
No comments:
Post a Comment