Tuesday, October 16, 2012

Jual Beg Pulak !

Caakkk! Kaedahnya apa main cakk cakk kat sini? Ok la, assalamualaikum. Rindu nak membebel dekat blog! Stress ni asyik mengadap buku je, berguling guling tertonggek tonggek tahu menghafal semua kat dalam buku tu, bluweerrkkk! 

Macam ni, (tak payah la intro panjang panjang, nanti korang pun bosan baca kan) tadi cuzzy aku datang rumah. Katanya nak bagi aku handbag plus nak ambik duit modal coklat dia. Sekali dia bawak datang segala bagai beg yang santek santek uollsss! Aku mula lah teruja bila dapat tengok beg yang gojes gojes depan aku nih! Rupanya dia baru buat business baru, BEG ! Memang otak meniaga betul Ira ni, gigih menjual itu ini. Respect dengan semangat dia, tak macam aku, memang failed sikit bab berniaga ni.

Memang riuh lah rumah, itu baru sorang je yang datang, actually dia datang dengan bf dia tapi bf dia banyak gelak gelak and menyampuk sikit sikit je masa kami dok sakan berborak. Ehem, nak bagitahu, bf dia sweet sangat tau! Sebab apa aku cakap sweet? Sebab bf dia yang setia teman dia kehulur hilir untuk berniaga ni. Haritu masa hantar coklat kat Kuis pun dia datang dengan bf dia, dipendekkan cerita, Ira bertuah sebab dapat bf yang sanggup susah senang dengan dia and very supportive! (bila kita nak dapat bf macam ni? tskk..)

Ira bagi free beg ni, mohon jeles. Gojes takk? Pedulik kalau tak gojes di mata anda, tapi gojes ye di mata saya. Dapat free pulak tu. Thanks my lovely cuzzy 

Ini lah tuan empunya businesswoman (eh ayat apa aku ni) Ok ini lah cuzzy kita, Ira. Dilarang mengorat sebab dia dah ada bf sweet. Korang ada? Aku pun takde. Ok diam. haha!

Lepastu tengah tengah rancak berborak, bukak la cerita pasal harga. Ok nak pengsan dengar harga beg ni sebab MURAH ! Haritu aku baru beli beg yang design lebih kurang macam ni. Beza harga dengan beg yang Ira jual RM20 tahu? Sakitnya lah hati kita nih!

Haaa, ni beg yang kita beli haritu. Lebih kurang je kan. Tskk

Disebabkan murah, so next sem aku decide nak jual beg pulak. Eh tapi coklat pun still jalan tau sebab coklat dapat sambutan, alhamdulillah. Ira banyak kali pesan kat aku, jangan ambik untung banyak banyak sangat sebab kalau kita jual murah orang pun seronok nak beli. Nampak tak keikhlasan sepupu aku berniaga macam mana? Ehem tengok pulak keturunan siapa, Saman's Kroni kann. Errkk, terpuji keluarga sendiri pulak, korang halal kan je lah eh. Haha!

Jadi pada sesiapa pencinta beg dan bukan pencinta beg branded, mohon datang beli kat aku k. Kalau rasa nak mulut puaka, "Eh, I pakai Gucci je uolss, I alergik beg yang takde brand ni.." mohon pegi Pavillion beli beg branded tu ye. Sebab Ira ada cite kat aku, kadang-kadang ada customer yang mulut cabul. Jenis orang macam ni memang tak senang nak tengok kita berniaga, itu lah dugaan berniaga kata Ira.

Psstt: Next sem mesti aku manusia paling batak bertukar tukar beg! Tokey beg kekdahnya! Wajib lah kena batak sementara. Lagi-lagi aku memang gila beg and kasut! Tak kisah pun jenama apa, yang penting lawa kat mata aku, memang aku terus sambar! Plus aku sedar diri aku student lagi, tak payah nak branded branded sangat, duit belanja pun mak bapak yang tanggung lagi ye.

10 comments:

Miss Volvo said...

i pun elergy ok!


hehehe


gurau je :P

SyahidaSalim said...

Hahahah! So tak boleh lah beli beg I. Hehehe.

Shasha Yacob said...

hamboii, bestnya dapat free beg. saya nak satu ? =='

Nora Karim said...

tak pe je pakai brg2 tak de brand... tak salah... lagipun kita bukan minta duit org :p kita tahu kemampuan kita... kan?! (^_^)

SyahidaSalim said...

Shasah: Hahah. Free? err, meyh beli dulu nanti sy bagi discount. Haha ;D

SyahidaSalim said...

Puan Nora: Yeahh! betul tu puan, suka komen puan tu. Yg penting kita tak usik orang and kita bahagia dgn apa yg kita ada kan. Hihihi

fandyz said...

Salam, tak yah la nak branded sangat kan.. kalau dah kayo sangat tu takpelah.. kalo stakat gaji dua tiga riban .. takyah ler.. :)

Jna marcello said...

wahh untung laa dpt beg yg cantik and free..kita pun nk jugak 1 bole ;))

SyahidaSalim said...

Fandy: Salam. Yup betul tu. Sebenarnya tak kisah lah nak pakai barang murah atau barang mahal. Tapi kita tak payah la berlagak dgn apa yg kita ada kan? Hehe.

SyahidaSalim said...

Jna: Kan? Rezeki ni Jna. hihi. You nak jugak? Meyh dtg rumah tengok beg cantik cantik. Hehehe.