Nampak tak kerajinan aku tahap mana? Nampak tak? Anda tengok dan anda nilai (diminta untuk hempuk tuan empunya blog ini)
Sebenarnya kan, sebenarnya... aku dah gila berblogging sekarang dan sangat lupa diri bahawa kau Syahida sedang menempuhi peperiksaan akhir semester! Siapa siapa tolong rotan Syahida ni. Mihmihmih.
Kalau nak tahu aku ada lagi 5 paper belum selesai. Nampak tak? LIMA ok bukan SATU tapi sebab kesedaran diri berada di tahap paling bawah sebab tu aku masih berada di sini. Ok promise last update sampai lah aku habis paper ye. Tolong percaya sebab kepercayaan anda tidak akan membawa saya ke sini lagi, aherherher.
Besok aku ada paper Broadcasting. Aku tak risau sangat paper ni sebab En. Batt selalu pesan jangan terlampau ikut buku. Maknanya En. Batt nak tengok kami jawab berdasarkan tahap kematangan kami berfikir. Kalau siapa siapa yang ambik kos Masscomm macam aku tahu lah macam mana, memang subjek major macam tu, yang penting kena alert dan pandai kaitkan dengan apa yang berlaku disekeliling. Masalahnya semenjak dua menjak ni aku malas nak baca newspaper dan malas nak buat research. Apa yang aku rajin? melawat blog anda anda semua lah. Aummm! (eleyh suka lettew) ;D
Lepastu hari Rabu ada paper Arab. Ok yang ni memang aku angkat tangan nak menyerah diri. Boleh kan kan? Tsk tsk paper Arab sebab aku memang takkan boleh mahir subjek ni. Risau sangat. Lepas paper Arab gap sehari then paper TITAS dan Islamic Studies. Oh siapa buat jadual macam ni? Nak kena tembak ke apa? Lepastu gap 3 hari then last paper Communication Theory. Hoyeah hoyeahh!
Insya'allah, lepas selesai semua paper bolehlah aku merajinkan diri melawat blog korang semua ye. Tunggu kita tau tau? Korang best dan best dan best sangat kalau korang tunggu kita habis final, nanti boleh kekomen sesama. Sweet tak? Yer tahu, Syahida Salim memang sweet orangnya (kembang kembangkan hidung sambil tengok korang muntah) Hikkss!
Psstt: Mohon doa dari kalian, ehem nanti korang exam kita pulak tolong doakan korang ye. Nampak tak muafakat membawa berkat di situ? Hahaha. Ok bye nak study! ♥
10 comments:
syida... good luck... moga dpt result best!!
gud luck dear..slm perkenalan....www.garapankenangan.blogspot.com dtgla sini lak..;)
saya punya final exam esok last ..16 da boleh balek rumah .huahuahua
BTW : elakkan guna verification code ye yang macam bawah ni
Puan Nora: Thanks puan. Teringat zaman Puan ajar sy zaman diploma dulu. Rindu :')
Azwa: Thanks dear. Done!
Syaifuddin: Wahh bestnya! I tinggal lagi satu paper, last paper 17, tapi I dah ada kat rumah ;D
Verification Code? Apa tu? Mohon ajar ;)
hehe : ..alaa verification code laa yang bila orang nak komen , kena letak code ..g kat setting>post and comments> lepastu klik je no verification .. hehe ...
BTW --> saya dah habis paper :]
haha... mule2 aku ingtkan exam PMR td. :P
Syaifuddin: done! Thanks tau ajar. hihi.
Alaa, bestnya. Jeles sy kat sini. Tskk.. cepatlah habis.
yong propaghandi: OMG Pmr? Hahahaha. Nakal tahu? Kita dah degree tau! mencik! Hahaha
Post a Comment