"Awak jangan panik! Awak jangan panik! Jangan berpaut kat tiang tu! Lepaskan tangan awak. Dengar cakap saya ni.." Jerit seorang coach (En. Azman) kepada gadis yang pada mulanya cool akhirnya tewas bila GEDEBUSH masuk tasik! Hahahahahaha! Mahu tak panik? Baju BA aku yang kat bawah tu tercabut kot, so susah lah aku nak imbang badan. Tengah tengah aku ambik mood nak kasi cool balik datang lagi sorang budak panik dok tekan badan aku. Dah la aku sendiri panik, kau nak berpaut kat badan aku, jadiknya macam mana? Terminum air tasik bertubi tubi lah! Yuckkss!
Malu okey maluuuu! Coach tu siap tanya nama aku. Since dia dah tahu nama aku dia asyik panggil je aku. Maybe itu salah satu cara untuk dia tenangkan aku balik. Haaaa? Nak tahu aku sedang bercerita pasal apa ni? Pagi tadi aku kena buat "Water Confident" iaitu kau kena terjun dari atas and menyelam dalam tasik. Serius aku tak pernah buat benda ni, plus aku memang tak reti berenang. Sebelum nak terjun tu, aku siap boleh gelak gelak, konon konon bajet cool tahap kipas paling cool tu lah. Tapi bila dah duduk kat tangga kat tasik tu rasa macam nak terkeluar jantung ni hah! Hambikk! Gelak gelak lagi, dah turun bawah habis hilang semua suara! Kahkahkah!
Nampak tak gambar di atas? Kat hujung tangga tu lah kami semua kena terjun! Tak aci okey sebab budak lelaki start dari tepi tak payah terjun! Huh! Yang perempuan pulak kena paling susah.
Okey jom nak sambung cerita. Tengah tengah panik tu, aku try terapungkan badan aku macam orang tengah tidur tu. Lama jugak aku terapung sebab kaki susah nak turun bawah! Hahahahah! Nampak tak betapa seksanya aku nak selamatkan diri? Nak mintak tolong coach jangan harap lah, memang kena marah balik. Coach ni kalau aku jumpa kat luar, memang aku pukul dia. Berlagak eh dalam tasik tu? Hahahahaha. Tapi lepas aku dah cool tu dia pujuk aku balik, suara dia dah tak tinggi, amboiiii kemain lembut panggil nama aku. Actually coach tu okey, dia buat macam tu sebab nak ajar kita jadik berani. Terima kasih coach! (tapi still dendam jugak ni) ;D
Bila aku dah selesai buat "Water Confident" ni teruk aku kena bahan dengan member member aku. Ciissss! Tapi tak boleh marah sebab minggu lepas dorang dah teruk kena gelak and bahan dengan aku. Pengajaran di sini, jangan nak gelak gelak sangat nanti jadik macam aku. Hikhik. Sebenarnya benda ni kena buat minggu lepas tapi yang tengah "bendera jepun" dikecualikan. Ingat boleh lari, sekali kena buat jugak minggu depannya. Rasakan Syahida rasakan! Memang kenyang aku minum air tasik tu.
Lepas habis buat "Water Confident" kena buat "Menyelamat Dalam Air" pulak. Omg! Masuk tasik lagi ! Tapi nak tahu tak, yang kali kedua ni aku dah ada keyakinan sikit. Bila dah masuk tasik rasa taknak keluar pulak, hahaha. Member member aku kat atas siap jerit, "Amboi ! Seronok pulak dia.." Kahkahkah. Sebenarnya kan, bila nak masuk tasik ni kita kena rileks je, jangan panik. Sebab bila panik tu lah kita rasa nak tenggelam tapi sebenarnya tak sebab baju BA tu akan buat kita terapung. Trust me, seronok sebenarnya bila dah boleh imbangkan badan, rasa nak rendam lama-lama! Hihihi.
Banyak pengalaman yang aku dapat bila buat aktiviti ni, at least kita dapat belajar benda baru. Nama pun belajar kan, so aksi-aksi yang memalukan tu akan berlaku sebab kita tak pernah buat, (masih lagi malu bila teringat peristiwa ni) Hikss! Jadi kesimpulannya, apa-apa yang kita lakukan kita kena berani dan yakin dengan diri sendiri. Dan lagi satu yang paling penting, kena tawakal pada Allah, masa ni lah kita kena serahkan segala-galanya pada DIA yang Maha Berkuasa. Semua yang berlaku dengan izinNya :)
P/s: Takde gambar masa kami lakukan aktiviti ni sebab semua tak bawak henset, takut hilang or masuk tasik tu. Hihi. Tapi setiap kejadian yang berlaku masa tu tetap akan segar di ingatan aku sampai bila-bila.
2 comments:
kihkihkihkih.......tu la...saya dah kata, jgn asyik ketawakan org lain, diri sendiri pun x tau mcm mana lg...
group korang ni berdendam ngan saya lg??? x de hal la.....hahahhahaha
"Tapi lepas aku dah cool tu dia pujuk aku balik, suara dia dah tak tinggi, amboiiii kemain lembut panggil nama aku. Actually coach tu okey, dia buat macam tu sebab nak ajar kita jadik berani. Terima kasih coach! (tapi still dendam jugak ni) ;D"
nanti coach pikir2 kan pasal ayat kat atas tu yer....kahkahkahkah..
Post a Comment