Thursday, September 20, 2012

Coklat


Aku pernah cerita kat blog pasal aku nak jual coklat, so nak tahu macam mana hasilnya? Syukur alhamdulillah, dapat sambutan. Secara jujurnya, aku tak promote pun coklat ni, maksudnya aku tak pergi bilik ke bilik or tampal iklan (amboi iklan kau!) sebab aku busy sangat-sangat dengan segala macam project and assignment. Memang tak sempat, tapi kawan-kawan baik aku ramai yang tolong, dorang beli and bagi yang lain rasa. Lepastu ada je yang datang bilik nak beli coklat. Hehe. Alhamdulillah rezeki :)

Gambar kat atas tu stok baru, thanx Ira sebab susah payah hantar coklat ni kat Kuis. Modal pun guna duit dia dulu, serius Ira banyak tolong aku sebab aku memang takde pengalaman dalam bab jual-menjual ni. Sebagai permulaan ni, dia lah yang banyak ajar aku macam mana nak handle benda ni. Nampak macam senang, tapi berniaga ni banyak dugaan so kena pandai lah handle.

Setakat ni, ramai yang bagi feedback positif and ramai yang cakap coklat ni rasa macam Cadbury, hihi. And ada yang tanya, "Kenapa jual murah sangat?" Actually aku sendiri pun tak ambik untung banyak sebab kalau jual mahal-mahal takut orang taknak beli. Takpe, kalau kita ikhlas menjual Allah mesti bagi kita rezeki lebih kan. Niat nak menjual pun sebab nak tolong Mama, I mean boleh lah tambah duit poket sebab pinjaman pun aku tak dapat lagi. Kesian Mama, dah banyak bersusah payah untuk aku. Mama ada cakap, kalau aku taknak jual pun takpe, jangan paksa diri tapi aku sendiri yang nak, saja nak merasa jadik tokey. Werrkk! ;D

Okey yang lain yang belum rasa tu, moh ler beli. Sedap tau, berbaloi-baloi. Kepada jejaka yang kacak bergaya tu, apa kata awak beli untuk girlfriend tercinta. Alah, letak lah riben cantik-cantik kat bekas tu, lepastu selit kad tulis "Coklat ni akan cair bila awak makan, tapi cinta saya tak akan pernah cair untuk awak.." Waahh gitu! Haaa, takpun pepandai korang lah bina ayat kreatif. Itu pun nak aku ajar jugak? ;D


No comments: