Monday, September 24, 2012

Aktiviti Kelab Kembara & Reakreasi Sangat Awesome!

Siapa yang tak pernah berkayak, besok sila pegi cuba berkayak, haha! Best gila tahu? Akhirnya selesai jugak semua aktiviti untuk Kelab Kembara & Reakreasi untuk Semester 2 ni. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku masuk kelab ni, mula-mula tu memang takut sebab tak pernah ada pengalaman berendam dalam tasik and berkayak. But trust me, aktiviti ni sangat-sangat lah awesome! Kami enjoy gila! Sila lihat wajah gembira kami di dalam gambar di bawah ini yer ;D

Indah kan pemandangan tasik Kuis ni? Tapi jadik tak indah bila group aku berkumpul kat tebing nih, huru hara jadiknya! Hahaha! Masa ni dah selesai berkayak tapi menggedik tepi coach, haha enjoy gila!

Sebelum berkayak rasa macam tak confident je nak berkayak, sebab tengok budak lelaki buat dulu macam entah apa-apa yang jadik. Hahaha! Risau. Tapi nak tahu tak, bila dah naik je atas kayak tu dan mula berkayak sumpah best gila! Aku saja buat-buat salah sebab nak berkayak lama-lama atas tasik tu. Haha. Coach tu mesti tension ajar kami sebab berterabur semuanya kat tasik tu. Kami diajar untuk buat forward, backward, 360 darjah, kiri dan kanan. Paling seronok buat 360 darjah. Fuyoohh! Menjadi kayak aku berpusing, hebat tak? Kahkahkah. 

Lepas dah selesai berkayak, group aku semua menggedik dok kat tebing nak tengok gelagat yang lain berkayak. Ya Allah, seronoknya moment ni, rasa macam nak ulang balik. Kami siap boleh bergelak ketawa dengan coach. Hai En. Azman, kita dah tak berdendam dengan En. Azman tau, malah kita berterima kasih sebab sabar ajar dan layan kita dan rakan-rakan yang lain. Hewhew.

Ini lah coach kami, En.Azman. Dia memang agak garang, tapi sebenarnya kepala dia masuk air gak, siap boleh bahan-bahan lepastu. Hihihi. Sebelah coach tu, Yatt. Nak tahu tak, Yatt paling win dalam tasik! Start dari Water Confident (cool je berendam), Menyelamat Dalam Air (teror gila baling tali), and Berkayak (kemain laju berkayak, dia naik atas dulu ok) Cayalaahh! Tabikkk!

Aku plan lepas dah selesai koko ni, aku nak terus balik Cheras. Tapi nan hado! Terus seronok dok tasik tu. Hikss! So, lepak kat tasik tu sampai group last berkayak. Dan lepas tu, group aku request nak berenang dalam tasik, coach bagi keizinan so apa lagi berendam sampai nak Maghrib. Yang dulu takut sekarang dah jadik berani, sampai En.Azman cakap, "Okey siswi siswi semua, naik atas. Nanti kita buat program lain plak.." Tengok, kalau dulu nak berendam buat dalam keadaan terpaksa, yang ni semua dengan rela hati. Haha. Awesome!

Dalam gambar ni semua classmates aku, sumpah dorang semua masuk air, huru hara kalau lepak dengan dorang ni. Tapi ada sorang bukan classmates aku, Ziqa. Ziqa ni pun dah boleh tukar course masuk Masscomm, banyak cakap macam kiteorg gak! Ziqa pun enjoy lepak dengan kiteorg, sampai tak pedulik classmates dia dah. Hahaha!

Coach cakap, "Entah apa-apa yang korang buat ni, forward jadik backward, backward jadik forward.." Hahahahah!

Apa yang boleh aku rumuskan (chewah ko ingat karangan), jangan takut untuk belajar benda baru. Seronok tau bila kita mula-mula takut nak buat tapi lepastu kita jadik berani dan benda tu memberi pengalaman yang berharga dalam hidup kita. Terima kasih yang tak terhingga buat semua jurulatih kami yang sabar melayan karenah kami. Dari pagi sampai ke petang dan 3 kali berturut-turut tak jemu-jemu mengajar kami. Terima kasih coach!

Psstt: Ada budak yang berkayak sampai ke hujung tasik. lepastu ada sorang coach ni laju berkayak macam hero konon-konon nak selamatkan para gadis kat tasik Kuis ni. Kami gelak sakit-sakit perut tengok aksi kelakar ni, hahaha!

6 comments:

Abu Bagi said...

seronoknya aktiviti macam ni..

aku baca blog sapa eh ada bekayak macam ni.. pic lebih kurang sama.. baru je baca dua tiga hari yg lepas.. ke friend awak.

SyahidaSalim said...

Yup seronok gila ok!

Hahahahahah! tu lah pasal. Kawan degree kat sini ;)

Nora Karim said...

lama juga tak berkayak dah... rindu la...

SyahidaSalim said...

Sy pun walaupun baru je buat aktiviti ni dah rindu nak brkayak lagi. Best gila kan Puan? Awesome!

Anonymous said...

Hahahaha...suka suki jer korang nak berdendam nak belasah saya kat luar yer......huhuhuhu

kura said...

bestt. main kayak oo!