Saturday, November 3, 2012

"Shida! Mama Belikan Neskapir!"

Assalamualaikum..

Boleh tak entri kali ni aku nak cerita pasal Nescafe? Boleh kan kan? Sepuluh yang menyokong manakala seorang sahaja yang membantah. Jadi mari kita ikut majaroti. Adil tak saya? Ye, saya sentiasa bersikap adil *kelip kelip bulu mata*

Semalam lepas bangun tidur, Mama dengan excited nya bagitahu aku, "Shidaaaa! Mama dah belikan Neskapir!" I was like, "What Mama? Neskapir?" Omg! kemain berguling aku gelak bila dengar Mama tersalah sebut. Lately ni Mama selalu tersasul, tapi Mama punya tersasul tu comel gila! Hahahahahahah!

Lepas dah puas gelak dan bahan Mama, bukan derhaka tapi ini lah tradisi keluargaku yang kuat membahan antara satu sama lain. Jangan tak tahu, bahan membahan ni boleh mengeratkan silaturahim yang terjalin. Gitu. Mama kata dia belikan "Neskapir" perisa baru, Mild. Tak sedap! Aku suka yang Regular lagi. Lebih pekat.

Yang packet kuning tu Mild, aku biasa minum yang packet Merah tu, Regular. (sambil mengasah kembali skill menangkap gambar)

Ni adik punya kerja lah ni. Semalam dia beli barang-barang untuk bawak balik asrama dia. Adik kata kat Mama yang Mild ni sedap. Mama pun beli lah. Tapi serius tak kena dengan tekak aku.

Mama tanya lah, "Dah tu taknak ke Nescafe baru tu?" (kali ni sebutan Mama betul) Hihiks! Aku jawab, "Tak payah lah membazir, Shida habiskan dulu yang ni.." Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Bagus. Anak mithali gitu. (Mesti korang rasa macam nak bagi kentut sedas kat aku kan?) Haha!

Dalam rumah ni aku je yang suka minum Nescafe. Mama alergik, kalau minum nanti sakit kepala. Syukur aku tak alergik. Sebab Nescafe ni boleh buat aku hyper. Sungguh! Lepas minum mesti rasa macam nak melompat-lompat tapi bila fikir umur dah nak mencecah separuh abad terus batalkan niat yang suci lagi murni tu. Hihi.

Psstt: Kalau minum Nescafe, make sure lepastu minum 8 gelas air kosong sehari ok. Kena minum air kosong, wajib!

6 comments:

murni said...

nescafe campur susu sedap woooo :p
kalao nescafe kosong muni kureeengg skit . . hee ~

vendettatraveller said...

tapi bagi saya mild lagi sedap :D

SyahidaSalim said...

Murni: Campur susu memang sedap, tapi sekarang ida sedang mengawal jumlah kalori yg diambil so tak boleh ambik susu buat sementara ni. Btw memang sedap kan Murni. hihi.

SyahidaSalim said...

Vandettatraveller: Mild kalau tambah susu sedap kan? Adik ida lah yg cakap, hihi. Sebab ida minum gitu je, tak tambah apa2, so mcm tawar skit. Kalau Regular rasa lebih pekat. Hihi.

SyahidaSalim said...

Oh terima kasih ye. Terima kasih di atas nasihat itu tapi nak tengok sikit muka yang dok nasihat saya ni? Dah komfem awak tak kena azab neraka? Btw thanks lagi sekali :)

Nora Karim said...

mild tu saya rasa manis sangat la... saya lebih suka bancuh sendiri... boleh adjust manis dan "kaw"nya...