Friday, October 5, 2012

Wishlist Lepas Habis Final Exam!

Hai blog. Kita rindu awak, sorry kita busy final exam. Tapi aci tak kalau kita nak update kejap. Kejap je, nak bagitahu wishlist lepas kita habis paper. *over*

1) Nak main badminton petang-petang. Kita rindu nak pegang raket, rindu nak lepak dengan Nonie kat Tasik Permaisuri. Rindu nak berpeluh kaw-kaw. Tunggu lah tunggu kita balas dendam nanti.

2) Nak makan sup Mama selama seminggu berturut-turut. Lepastu duduk rumah nak makan yang berebus  je. Hancur tau diet kita duduk kat hostel ni, semua makanan berminyak je yang jual. Tak suka tak suka :(

3) Nak pergi saloon, nak cut rambut and nak rambut macam dulu! Rambut kita dah panjang sangat sampai ke pinggang dah hah. Sebab tu asyik ikat je. Adil tak kalau potong pendek macam ni? Ok akan difikirkan nanti ;D

4) Ok yang ni dalam perancangan dengan Nonie. NAK BERFITNESS! Nonie kata dia tak join  lagi sebab dia tengah tunggu kita cuti semester dulu. Hohoiii tak sabar! Bestnya dapat bersukan!

5) Nak pergi Kinokuniya KLCC. Nak beli Kitab Terfaktab dan CERPEN terbaru Nadia Khan. Jeles baca Twitter ramai yang dah beli tapi kita still tak dapat baca lagi. Yup, sekarang kita peminat Buku Fixi dan peminat baru penulis Nadia Khan. Jatuh cinta pandang pertama since baca novel beliau, KELABU. Ehem, beliau ada follow kita kat Twitter tau. Sila jeles ;D



6) Nak pergi karaoke dengan Syabelliz. Hoi kita rindu dorang! Bell and Nonie, "Tunggu aku cuti, memang tiap tiap hari aku turun Sg Besi tuh!"

7) Nak pergi Tapah, nak jumpa Zara, nak main-main dengan beautiful Zara. Ya allah, rindu dengan si kecik tu!


Haaa, sebenarnya banyak lagi yang aku nak buat masa cuti sem nanti, tapi jangan nak berangan banyak sangat sebab aku cuti pun sebulan lebih je. Harap-harap wishlist aku tercapai. Aku nak aktif bersukan balik macam cuti semester yang lepas. Rasa life sihat sangat tau. Bila dah start belajar, dah busy dengan project and assignment bagai, memang tak sempat nak bersukan. Sebab tu aku selalu cakap aku rindukan life masa cuti. Takpe, tak lama je lagi ni, sabar ok sabar. 

P/s: Kita mampu merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Satu je aku harapkan, semoga Allah berikan aku kesihatan yang baik. Insya'allah.

2 comments:

Nora Karim said...

mesti dah selim melim dah sekarang... kalau dah makan rebus2 tu... beriadah lagi... bagus la..

SyahidaSalim said...

Haritu cuti sem dah turun 16kg, alhamdulillah. Tapi nak capai target lagi ni, belum slim sepenuhnya. Hihi.