Sunday, October 7, 2012

Hati Tenang Bila Mama Di Sisi


Kenapa macam tak exam je aku ni? Sempat lagi berjalan-jalan dengan Mama. Haha. Semalam Mama ajak pergi Low Yatt, temankan dia cari fon. Kebetulan aku pun nak cari cover laptop, faham-faham je lah kalau dapat laptop baru kan, dia punya batak nak jaga macam tak pernah dapat barang baru. Haha. Gila aku sayang ok laptop baru ni, aku dah siap bagi nama tahu? Baby Dada uollss! ;D


Macam biasa, aku pencinta merah jambu so cover laptop ni haruslah merah jambu kan. Yeaayy Baby Dada dah ada baju! Aku risau gila kalau Dada ni calar, boleh meroyan tahu? Setiap 5 minit sapu habuk, hahahahah, sila menyampah!

Itu je lah yang aku beli. Semalam hampir-hampir nak beli beg, siap berebut dengan Mama sebab Mama pun berkenan beg tu, see citarasa kami sama but at the end dua-dua tak jadik beli. Hahahaha. Memandangkan hari raya haritu aku dah borong beg dengan kasut, so hold la dulu. Berjimat sikit, ingatkan diri sendiri pinjaman belum lulus hoi !

Dah lama tak ambik gambar Mama, laptop lama pun masih rosak, tak sempat nak ambik gambar-gambar dalam tu. So Mama jadik model kejap semalam. Thanks Mama sebab sabar layan karenah anak Mama ni. 
Serius, segala masalah rasa hilang bila dapat tengok muka Mama dan luahkan semua kesedihan yang aku sedang alami. Mama memang pendengar yang setia. She's my real BESTFRIEND! Love you Ma, wajah tenangmu sentiasa menguatkan semangatku untuk meneruskan kehidupan yang penuh kesukaran. Siapa kata hidup tu senang? Kau kena struggle untuk dapatkan apa yang kau nak.

Aku tanya Mama, macam mana Mama boleh mudah memaafkan kesalahan orang sebab Mama memang seorang yang pemaaf. Aku dah pernah tengok Mama menderita disebabkan ramai yang dengki dengan Mama. Tapi Mama cool dan Mama kuat! Mama kata hati kena bersih dan jangan berdendam. Tapi hati aku tak bersih macam Mama kot sebab tu aku susah nak maafkan orang. Actually, aku bukan seorang yang pendendam, tapi once bila hati aku dah tawar, aku susah nak terima orang tu balik. Aku kena ambik masa dan prinsip aku bila memaafkan seseorang biarlah dengan penuh keikhlasan, aku tak suka hipokrit! Aku benci orang yang depan baik tapi belakang kutuk-kutuk! Come on, kita jangan fikir kita baik sebab kita sentiasa nak jaga hati orang, tapi belakang dia kita kutuk dia kaw-kaw. Sama je point dia, at the end, kau dah hancurkan hati dia jugak. Tak cool ok tak cool. Sangat!

Aku sedang memperbaiki diri aku, aku tak cakap aku manusia yang sempurna. Aku buat silap, sila tegur dengan cara yang beradab, aku boleh terima. Tapi jangan lah letakkan semua kesalahan kat bahu aku dan tak perlu kot nak menghukum aku. Ok ini ayat Mama yang sangat-sangat menyentuh perasaan aku:  

"Takpe lah sayang, Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. DIA dengar suara hati kita sayang, kalau kita disakiti dan kita masih boleh bersabar tapi masih diberi peluang, itu tandanya anak Mama ni seorang yang ikhlas dalam hidupnya.. Satu pesan Mama selalu ingat siapa kita dan siapa yang di atas tu. Insya'allah sayang, DIA takkan lupa kita.."

Korang nak menyampah baca, silakan! Yang penting Mama lebih kenal siapa aku dan Mama tahu apa yang aku buat. Thanks Mama, Shida sayang Mama sangat-sangat. One fine day, Shida akan tebus balik semua kesedihan yang Mama dah tanggung, walaupun bibir Mama menguntum senyuman tapi Shida tahu Mama dah lalui pelbagai kesukaran seorang diri. One fine day Ma, Shida promise!

Eh, dah kenapa macam tersasar je dari point utama yang aku nak story ni. Terluah perasaan pulak! Hahahahah. Sorry! Ok lah nak mintak diri dulu, ada masa free kita update lagi yer! ;)

Your arms were always open when I needed a hug. Your Heart understood when I needed a friend. Your gentle eyes were stern when I needed a lesson. Your strength and love has guided me and gave me wings to fly. Shida love Mama so much ♥


6 comments:

Jna marcello said...

terharu T_T yups mcmne pun mmg mak the best tempat meluahkan segalanya..
sbb walau mcne pun dye tetap akn sokong anak2 dye ;)

Nora Karim said...

seronoknya bila ada ibu di sisi... sayangi dia selagi ada hayatnya...

*rindu arwah ibu saya :(

Prince of Noob said...

semoga bahagia selalu bersama keluarga tercinta... done follow - Noob

SyahidaSalim said...

Jna: Thanks Jna. U pun memahami bila baca entri I. Memang ibu yang terbaik, whatever situation pun, dia mesti akan sokong kita dan ibu kita adalah insan yg paling kenal kita, biarlah org lain nak cakap apa pun kan.. :')

SyahidaSalim said...

Puan Nora: Betul Puan, semua akan jadi tenang bila ibu ada di sisi.

Aloloo, sabar ye Puan. Kalau sy pun sy tak dapat bayangkan mcm mana tanpa ibu disisi :(

SyahidaSalim said...

Noob: Thanks you :) Done follow you jugak.