Saturday, September 8, 2012

Lebam Mata Keranamu Assignment


Selamat bertemu kembali dan semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Gittew. Hoii aku rindu nak update blog hoii ! And aku rindu dia jugak, rindu dia hey rindu dia hey! Amboi verangan Najwa Latif pula malam malam yang hening ni. Hikss. 

Okey just nak luahkan, aku berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan! Stress hoii ! Project English ni betul-betul buat aku SAKIT ! Dengan masalah group members lain yang taknak bagi kerjasama, plus lecturer asyik dok reject keje kami. Dua kali kena marah, masuk kali ketiga, baru lah lecturer aku lembut hati menerima hasil keje kami, alhamdulillah. Nak tahu tak apa perasaan aku lepas Puan dah terima semua? Happy gila okey! Rasa berbaloi sangat dua hari tak tidur semata-mata nak siapkan keje ni. Lepas keluar je dari bilik Puan, aku terus tepuk tapak tangan Fazreen sebab happy sangat. Kepuasaan hokey!

Nak tengok tak brochure yang aku buat? Tak nak tengok pun aku still nak tunjuk. Werrkk! Amboi, panjang sangat dah lidah aku ni nak werrkk werrkk kat orang yer. Hewhew.


Puan terima 100%, beliau tak reject langsung, syukur alhamdulillah..


Aku guna Publisher je, tak ingat dah nak guna In Design, zaman diploma dulu memang kena buat guna In Design. Serius lupa. yang ni je yang aku mampu buat. Tak kisah lah, yang penting tak kena reject dengan lecturer ;D

Dua hari tak tidur nak siapkan brochure ni, sampai lebam-lebam bijik mata aku. Aku yang offer diri nak buat brochure ni sebab Biela dah buat Poster. Keje banyak, yang bagi kerjasama hanya empat orang termasuk aku so kelam kabut lah sikit. Takpe lah, aku anggap sebagai dugaan untuk aku sampai ke menara gading, Insya'allah. 

Kalau nak tahu, semester 2 ni, project ni lah yang paling letih. Kami kena buat Brochure, Poster, lepastu kena carik audiences untuk presentation nanti. Gila? Ketaq lutut habaq hanggg kena present depan orang ramai kat Auditorium tuh! Audiences tu pun dikira markah, so lebih ramai orang yang pegang brochure group kami, lagi banyak lah markah yang kami dapat. Sebab tu lah berhempas pulas sebab ni dikira Big Day untuk budak kelas aku. Aku harap sangat presentation nanti berjalan dengan lancar dan yang paling penting dapat puaskan hati pensyarah aku. Amin.

Okey lah, sampai di sini sahaja, bertemu kembali jika panjang umur, cehh tertib gituu.. ;D

Psstt: Hostel tengah ada masalah air, menambahkan tekanan yang sedia banyak ni. Takpe, ingat balik tujuan asal aku di sini, mahu menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti, Insya'allah amin..


No comments: