Wednesday, August 14, 2013

Tergamam!

Assalamualaikum...

Mood nak update blog. Jadi, sila fokus. Aku tahu korang rindu, walaupun followers tak ramai tapi aku tahu ada pembaca setia blog Syahida Salim ni kan. Aku tahu, aku tahu itu. Takpe. Jangan malu. Teruskan membaca ;D

Mari, nak perkenalkan nenek baru ku. Apa? Syahida ada nenek baru? Okey bukan sebab atuk kawen lain, atuk ku sudah lama pergi. Ini nenek baru sebelah Ayah. Ayah? Apa? Syahida ada Ayah baru? Sekali lagi kalau kau dok *apa apa* kau memang terencat. Meyh nengok gambor dulu, nanti aku cerita perkara sebenar.

Taraaa! Homeyy tak nenek baru ittew? Homey kann. Kecik je badan dia tapi yang aku nak cerita ni adalah betapa kagumnya aku pada kecergasan beliau. Fuuhhh! Respect!

Hari raya kedua haritu adalah buat pertama kalinya aku bertemu dengan nenek baruku. Sebab masa wedding Mama, nenek tak dapat datang and masa kenduri sebelah Ayah pulak aku tak dapat join sebab kesibukan yang melampau. Lepastu asyik busy je tak sempat ikut Ayah balik Hulu Langat. Nenek kemain cium cium aku lepastu dok sebut je namaku. Ahaiiii dah laa homey sweet pulak.

Umur nenek dah 75. Diulangi 75 tahun hokey! Tapi serius dia punya tenaga kalah aku hoiii ! Jalan kemain berdesup desup laju. Buat keje kemain pantas, zuupp zuupp! Cakap pun laju masalahnya sampai aku sendiri tak paham kadang nenek cakap apa. Punya laju dengan loghat nogorinya. Sumpah aku tergamam masa tengok nenek haritu. Dalam hati aku, "Nek, apa yang nenek makan sampai jadik cergas gini?" Tapi sebab punya tergamam jadik kelu lidah mahu bertanya -____-

So aku tanya Ayah, Ayah kata nenek rajin, jenis suka bergerak. Memang dari muda nenek tak reti duduk diam. Lepastu aku tanya lagi, takkan itu je? Ayah jawab, "Kalau tanya Ayah lagi memang Ayah takde jawapan, itu Shida kena tanya nenek sendiri" Masalahnya aku punya tergamam tak habis sampai sekarang ni, acano nak tanya? Aku kalau tergamam aku kelu. Itu masalahnya -____-

Tapi kan, menurut kesimpulanku, rajin bersenam adalah antara faktor kenapa nenek sihat. Bersenam tu bukan lah berlari keliling padang je, mungkin nenek jenis aktif dari dulu, lepastu jaga makan dan yang paling betul lagi sahih, ini kelebihan yang Allah beri kat nenek. Kelebihan yang ada pada nenek ni adalah tanda kehebatan dari DIA. Kita kagum dekat manusia, bermakna kita kagum pada yang Maha Pencipta. Subhanallah.

Selain daripada aku dapat nenek yang super ohsem, impianku ingin memiliki kampung sudah tercapai. Hihi. Bukan takde kampung, rumah nenek Sg Buloh tu jenis batu. So aku teringin nak ada kampung yang memang betul punya kampung. Jenis papan and kalau malam stok tak payah pasang kipas sejuk bbrrrrr bbrrrrr punya! Serius aku jakun kejap masa sampai rumah nenek baru haritu. Dengan dikelilingi pokok pokok dan kebun. Fulamakk bahagia! Okey takde gambar, next time datang aku ambik sebab haritu diri ini diserang cirit birit yang amat dasyat. Tak sempat laa nak bershoot shoot bagai.

Dan lagi satu, keluarga Ayah semua baik baik. Jenis masuk air, jenis suka melawak menyakat sesama sendiri. Patut lah Ayah kelako, tengok adik beradik Ayah pun semua stok gila gila jugak. Aku ni jenis pantang orang buat lawak, mula mengekek ketawa. Kadang orang dah habis gelak, aku punya je banyak episod tak habis habis lagi.

Aku tak update dekat blog lagi pasal Ayah baruku. Haaaa perkenalkan. Actually Mama selamat diijabkabul kan dengan Ayah hujung bulan Januari haritu. Basinya story kau Syahida! Kalau berita kau tangguh tangguh gini, mahu ke tong sampah berita kau tu. Nasib Mama bukan retis tau! ;D

Later aku update pasal kisah Ayah pulak eh. Entri tak boleh panjang panjang, nanti korang bosan. Penulisan aku tak power mana pun nak bagi korang keep membaca. Ye dokkk???

Ehh sebelum berundur, tadi Ayah cite, Nenek dok tanya tanya aku. Nenek kata rajin rajin laa bawak Shida tu datang sini. Bagus budaknya. Okey nangis terharu! Ini yang buat aku bertambah sayang dekat nenek nihh! Hihihi. Nampak tak sifat pandai mengambil hati orang tua kat situ? Nenek baru jumpa kita sekali terus sayang kita tau! Hahahaha! Bye!

Psstt: Moral of the story, tolong rajin rajinkan diri tu bersenam. Biar kekal cergas. Bersenam bukan untuk kurus ke apa, tapi untuk kekalkan stamina. Tolong buang mindset bersenam ni untuk kurus je. Tak kisah apa saiz anda sekalipun, senaman untuk semua, untuk stamina. Dan memang ajal maut tu Allah dah tentukan, tapi kita sebagai manusia tak boleh duduk saje. Kena usaha! Tak kira dari segi apa pun. Lagi satu, bersihkan hati. Kita buat apa apa at the end of the day mesti berbalik pada hati kita. Hati bersih hidup bahagia. Simple! Rasanya tak perlu simpul lebih. Selamat beramal.



Monday, June 24, 2013

Kehilangan

Assalamualaikum..

Tak tahu kenapa jari tiba tiba ringan nak "Sign In" blog dan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam masa seminggu ni. 

Hari Selasa, 18/6/2013, pagi aku dikejutkan dengan berita yang betul betul buat aku terkaku sebentar. Pukul 6.30 pagi tangan aku ligat menggosok tudung, telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk, dari Mus, "Salam. Al-fatihah buat ibu sahabat kite, Nurul Hidayati A Kasah yg kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat yg Maha Esa.." Inalillahwainailaihirajiun. Allahuakbar :( Terbayang wajah sahabat, masa tu hanya mampu berdoa semoga Allah berikan seluruh kekuatan untuk Yatt menghadapi dugaan ini.

Memang terasa sangat sebab sebelum ibunya pergi, aku ada komen dekat Instagram Yatt. Yatt post gambar kereta keluarganya yang terlibat dengan kemalangan Ahad lalu. Tapi masa tu Ayah serta arwah bondanya dalam keadaan okey. Cuma kereta yang teruk. Aku kalau tengok benda yang melibatkan "Ibu dan Ayah" aku akan jadi manusia yang paling sensitif. Walaupun itu hanya ibu ayah sahabat aku. Still, aku boleh bertukar jadi teramatlah sensitif.


Gambar dari Instagram Yatt. Keadaan kereta memang nampak teruk.

Masa aku komen ni rasa lega sebab Yatt kata parents dia selamat. Tapi itulah kuasa Allah. Kita tak dapat jangka.

Kata Yatt, lepas kemalangan ni terus pergi check tapi doktor kata Ayah dan Ibunya okey. Maknanya takde kecederaan luar atau dalam. Tapi malam lepas kejadian, ibunya muntah muntah lepas makan. Makanan tak boleh masuk dalam perut. Pergi hospital Selayang, doktor sahkan ibunya mengalami kecederaan di bahagian usus. Usus ibunya pecah. Yatt cerita lagi, usus pecah ni disebabkan oleh tekanan yang kuat dari seatbelt sebab kereta berpusing banyak kali. Lepas operate ibunya tidak memberikan respon yang positif. Allahuakbar. Allah lebih menyayangi bondanya, siapa sangka dalam sekelip mata sahaja semua ini berlaku.

Dan nak dijadikan sebab, sebelum kejadian, Yatt sempat balik rumah nak ambik barang. Kiranya Yatt sempat jumpa ibunya dalam keadaan sihat buat kali yang terakhir. Serius, yang ini paling sedih. Sungguh, perancangan Allah itu kita memang tak dapat nak jangka. Kasih sayang seorang ibu dan anak, dipertemukan sebelum ibunya pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.

Aku dan kawan kawan kelas yang lain, Mus, Biela and roomate, Ziqa sempat melawat keluarganya di Tanjung Malim. Rasa terkilan sikit sebab tak dapat tengok arwah ibunya tapi takpe lah hajat aku nak melawat Yatt dan Ayahnya kesampaian. Arwah ibunya selamat dikebumikan selepas Zohor. Kami lambat sampai sebab tak tahu jalan, so ambik masa 3 jam untuk sampai ke Felda Soeharto. Takpe la, syukur, Allah permudahkan semuanya. Dah sampai rumah Yatt tu, Ayah dia suruh kami bermalam je kat situ. Alahai baik sangat Ayah Yatt tau. Tapi tu laa, malam tu aku ada class plus esoknya ada pembentangan, kena rushing :(

Sebak baca. Air mata aku mengalir. Yatt memang seorang anak yang kuat. Aku percaya, arwah bondanya pasti tenang di sana. Ini juga peringatan untuk aku. Untuk aku yang masih punya ibu. 

Lepas semuanya dah selesai, esok pagi aku dapat berita kurang baik lagi. Hostel perempuan dekat tempat aku belajar ni kena ceroboh dan banyak barang berharga yang hilang. Dan Mus antara kawan baik aku yang kena. Ya Allah. Handphone HTC Mus hilang, dia baru beli sem lepas, harga nak dekat RM1500. Lepas satu satu sahabatku diuji. Tapi Mus pun tenang, dia sempat boleh buat lawak lagi. Kalau kena kat aku laa, dah meraung 3 hari 3 malam -_______-

Ini lah kehidupan. Cerita kita berbeza. Dugaan kita berperisa. Lain. Tapi selagi kita digelar manusia, kita sama, tidak terlepas dari diuji oleh yang Maha Esa. Allah sayang, Allah uji, Allah nak kita kuat. Sabarlah wahai sahabatku. Apa yang berlaku semua ni bagi pengajaran yang sangat bernilai untuk aku. Sungguh, aku bertuah. Bertuah sebab dikurniakan sahabat yang sentiasa sanggup susah senang bersamaku. Allahuakbar. Aku sayang persahabatan ini, aku tahu semua ini pinjaman. Sebab tu, selagi masih diberi nafas, aku mahu lakukan yang terbaik untuk orang orang disekelilingku. Aku nak hargai setiap masa yang ada bersama mereka.

Dan ini penting, penting wahai pembaca. Kepada mereka yang masih punya Ibu dan Ayah, tolong, tolonglah hargai mereka. Aku pernah rasa kehilangan. Kehilangan seorang Ayah dan impian aku sebelum tertutupnya mata, biarlah aku sempat berbakti untuk Mama. Mama dah banyak susah, cukuplah. Biar aku pulak yang susah kali ni, aku nak lihat Mama bahagia. Ini impian aku. Tapi perancangan Allah kita tak mampu nak lawan. Aku tak boleh nak ramal apa yang akan berlaku selepas ini tapi seperti yang aku bagitahu, selagi masih ada nafas aku nak buat insan yang paling aku sayang bahagia. Mama serta sahabat yang banyak berjasa. Aku nak balas jasa baik mereka. Itu sahaja. InShaaAllah. 

Sesungguhnya setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah semata mata kerana Allah. Apa sahaja yang berlaku, kita kena kuat. Kena redha. Ikhlaskan lah apa yang berlaku. Pasti. Pasti terselit sebuah kemanisan yang takkan pernah kita terfikir sebelum ini. Wallahualam.

Al-fatihah buat arwah bonda tercinta Yatt, Allahyarhamah Hasipah Binti Samsuddin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.