Tuesday, March 17, 2015

Radio Oh Radio!

Pergh. Last update blog August 2013. Nasiblah ingat password lagi. Haha!

Okeylah, banyak benda nak share. Pertama, Alhamdulillah, aku baru je selesai pengajian Ijazahku. Huwaaa 3 tahun tonggang tonggek terbalik nak habiskan degree. Terlalu baaaaanyaaaakkkkk halangan yang aku kena tempuh but akhirnya kan? Syukur Ya Allah. Campur diploma 3 tahun, 6 tahun aku bertungkus lumus. Percayalah, 6 tahun yang terlalu sukar untuk aku tapi dengan izinNya berjaya ku harungi *nangis*

Kedua, ini pun berita gembira jugak, hehehe. Alhamdulillah, aku dapat offer job. Okey cerita dia macam ni, haritu aku pergi ujibakat Penyampai Radio. Nak kata berbakat, idok ler berbakat sangat sebab aku pun masih tahap belajar. Tapi dengan sikit pengalaman yang ada aku beranikan diri pergi ujibakat tu. Dapat tak dapat belakang cerita. Yang penting CUBA. Oh ye, untuk pengetahuan ini kali pertama aku try pergi ujibakat, mungkin sebab aku dah habis belajar so kena usaha lebih sikit lah untuk masa depan yang cerah. Cerah ke tidokk???

Okey. Nervous ya hamattt! Masa aku datang tu tengok mak aiiiii ramainya tiba-tiba rasa macam kurang keyakinan. Gila tak rasa macam tu? Sebab aku tengok dorang semua macam power power je! Tapi bila dah lama-lama tu kami start tegur antara satu sama lain and masing-masing bertukar pendapat so takde lah rasa tersisih sangat. Haha! Dah nama pun datang untuk Penyampai Radio jadiknya masing-masing jenis banyak mulut ah. Mostly yang datang pun ada background Komunikasi and Penyiaran. Pelakon and Raja Lawak pun ada tau! Saingan sengit lah kiranya.

Okey tiba giliran aku. Sebelum nak masuk bilik ujibakat tu macam macam aku rasa. Nak teryak yak la, terkucil lah, termuntah laa, tapi ku tahan-tahan je. Gila tak nervous? Tapi aku ni kalau nervous memang over sikit! Macam-macam rasa nak terkeluar. Haha! Tapi bila dah berdepan dengan juri nervous jadi hilang sebab banyak gelak kot! Haha! 

Inilah barisan juri. Yang duduk tengah-tengah tu lah boss Selangor FM ;)

Boss boleh tahan kelakar tau! Dalam pada serius dia tanya soalan sempat dia mengusik tu yang asyik mengekek je gelak. Hadoi. Dah lah aku disuruh nyanyi, dalam kepala masa tu ingat lagu Dato' Siti Nurhaliza pulak tu, Biarlah Rahsia. Kau raseee??? Yang aku enjoy pulak nyanyi masa tu. Hahahahah! 

Okey okey serius. Sebenarnya tak lah banyak pun pengalaman dalam bidang penyiaran radio ni. Ada lah sikit. So masa jawab soalan tu aku cuba jawab yang terbaik mengikut pengalaman aku. Penerbit kata nanti dia call next week kalau berjaya untuk Top 5. And yang paling terkejut aku dapat panggilan awal, esok tu Penerbit (Abang Sharul) call bagitahu aku ditawarkan untuk terus bekerja dan dia mintak aku datang office hari Isnin. Fuhhh. Aku nangis kot masa dapat berita ni. Alhamdulillah. Memang aku tak jangka benda ni but Syukur Ya Allah. Walaupun tak dapat Top 5 tapi aku bersyukur sebab dapat kerja terus. Tak semua orang dapat peluang macam ni :')

Aku percaya satu benda, kalau kita sungguh-sungguh dan ada passion yang tebal dalam setiap bidang yang kita ambil, InshaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita. Jiwa aku jiwa radio. Kalau orang tanya nak kerja mana aku cepat-cepat jawab, RADIO. Walaupun kadang impian kita tu nampak mustahil kat mata orang lain tapi kita berhak punya IMPIAN. Bermimpilah hingga ke bintang. Bermimpilah walau nampak tak mustahil sebab kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan mimpi tu.

Lagi satu, aku percaya yang kata-kata tu ibarat doa. Sebab aku selalu sebut radio kot maka aku diberi peluang untuk bekerja di dalam bidang impian aku. Aku ingat lagi, masa aku duduk duduk makan dengan kawan-kawan, masa tu kami berkongsi cerita nak kerja apa lepasni. Ada yang jawab, "Aku tak kisah pun kerja apa-apa, luar dari bidang Penyiaran pun takpe. Kerja sekarang susah nak carik." Tapi dengan tegas aku jawab, "No! Aku nak kerja dalam bidang penyiaran. Kalau boleh nak radio tapi kalau dapat yang lain pun okey janji masih dalam bidang penyiaran." 6 tahun okey gedebak gedebuk aku belajar, mesti aku nak capai cita-cita aku. Tak salah pun kalau kita bertegas dengan pendirian kita. Biarlah orang lain nak cakap apa pun. Kalau hidup dengan kata-kata orang tak kemana lah kita.

Okeylah, sebenarnya ada nak cerita jugak pasal bidang penyiaran radio ni tapi macam dah panjang sangat pulak so next entry lah. InshaAllah. nanti aku update lagi.

Bye!

2 comments:

Bpk Baktiar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
YattAkasah said...

tahniah my sista! hehe. wat yang terbaik tau.. muahh!!