Tuesday, September 4, 2012

Stress Melanda

Lamanya tak update blog! Busy sangat busy! Plus line broadband kat hostel pun tak berapa elok, so nak on9 lama-lama tu memang tak lah. Sebenarnya banyak benda nak story kat sini, tapi keadaan tak mengizinkan. Ni pun curik curik update, rasa macam tak best plak blog terbiar macam tu je.

Okey this week memang aku busy sangat, macam-macam benda nak kena settle kan, dengan project English 2 lagi. Nak tahu tak, tadi group kami kena basuh kaw-kaw dengan Puan. Stress! Lepas dah kena marah tu, Biela nak bukak pintu keluar sampai tersalah bukak pintu Pili Bomba. Bahahahahahaha! Sumpah lawak, tengah stress macam tu Biela sempat buat lawak. Tapi aku dok gelakkan orang, lepastu aku plak yang kena. Tengah jalan nak balik bilik dalam keadaan memikirkan keje yang berlambak ni, siku aku terlanggar tiang! Memang sedap! Rasa sampai ke tulang. Dush!

Minggu ni pun memang dah tak boleh balik Cheras sebab dah kena start berkayak. Teruja but still takut sebab nak kena berkayak kat tasik. Tahu je lah tasik tu dalam mana. Kami ada tiga minggu untuk aktiviti luar ni, first Water Confident, then Menyelamat Dalam Air lepastu barulah Berkayak. Kalau tanya aku yang mana aku paling takut nak buat, tiga-tiga sekali aku takut! Hahahaha. 


Tengok ni, kemain semangat beli Crocs semata-mata untuk berkayak nanti. Nak beli color hitam, tapi takde size, semuanya tinggal yang besar-besar. So, ambik je lah color putih. Izza kata dah macam kasut nurse. Hahahahahah. Nurse pun nurse lah, comel apa ;D

Psstt: Aku rindu Zara, serius rindu sangat kat dia. Tak sabar nak tunggu cuti sem nanti. Cepatlah habis sem ni, serabut teruk dah!



No comments: