Saturday, August 25, 2012

Cuba Dulu, Baru Tahu


Aku nak jual coklat! Siapa setuju aku nak mula meniaga kecil-kecilan? Sila goyang-goyangkan laptop anda dengan riang gumbira. Hewhew. Okey macam ni, haritu masa hari raya aku jumpa cuzzy aku, Ira. Dia dok promote coklat dia kat semua saudara suruh beli. Then aku pun start lah tanya macam-macam. Tahu je lah perangai aku ni, kalau dah dapat berborak memang aktif je mulut aku ni tak reti penat. Hihi.

Lepastu Ira tanya aku, "Kak Shida nak jual coklat tak?" And Mak Ijoy pun menyampuk, "A'ah Shida, jual lah kat tempat blaja ko tu.." Aku pun terfikir, bagus jugak kalau aku jual benda ni. At least boleh tambah-tambah duit poket plus aku ni pun jenis suka bershopping. Tengok plak Ira bukan main bergaya dengan tudung mahal hasil dari keuntungan dia jual coklat. Memang menarik hati aku yang dah tertarik ni. Ehh ;D

Aku yakin nak jual sebab aku tengok coklat ni macam berbaloi je kalau buat meniaga. Kalau korang beli pun berbaloi. Ok tengok gambar ni dulu.


Cuba tengok, tebalkan? Kalau beli kat luar, satu bar kecik tu je dah 2 or 3 ringgit. Ni kalau dipotong boleh jadik tiga layer plus kalau potong kecik-kecik boleh dapat satu balang besar. Aku dah try buat, memang dapat satu balang.


Rasa coklat ni macam mana? Sedap, sebab aku dah rasa. Aku yang sedang berpantang makan coklat pun terpaksa rasa sikit sebab kita nak menjual memang lah kita kena rasa dulu kan.


Satu bekas ni aku jual RM13.00. Kalau nak tempah dulu pun boleh.

Kalau nak tahu, ni pertama kali aku nak menjual-jual ni. Aku memang tak suka berniaga, tapi sebab aku yakin dengan coklat ni so aku decide aku nak jual dulu kat KUIS. Kalau dapat sambutan, bolehlah teruskan. Ira bukan main bagi galakan kat aku suruh jual, sebab dia jual kat tempat blaja dia kat UKM seminggu dia boleh dapat keuntungan yang sangat memberangsangkan! Mahu aku tak teruja dengar coklat ni laku sebab memang sedap pun.

Psstt: Aku memang suka bercakap, tapi bab menjual ni aku tak yakin sebab aku pun susah nak yakin dengan orang apatah lagi aku nak meyakinkan orang lain. Insya'allah, aku cuba dulu. Tak cuba tak tahu kan? ;)

No comments: